Tuesday, June 28, 2011

berkata la benar walau pahit..

Malam ni ku terpanggil utk berbicara soal,,BERSIH..... Isu ini,mempunyai banyak khilaf pendapat,ada yang sokong,ada yang  atas pagar,ada yang x sokong,,mcm2 bergantung kpd kefahaman individu tentang tuntutan Bersih,... Yang pertama sebelum bergerak jauh tentang Bersih,,kena faham dulu matlamat n tujuan bersih ..   


1. BERSIHKAN  SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS


3. GUNA DAKWAT KEKAL


4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI


5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL


6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM


7. HENTIKAN RASUAH


8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Drpd 8 tuntutan tu,5 tuntutan berkenaan dgn SPR...dgn sistem pilihan raya yg korup,dan berat sebelah mcm mana kita hnya nak harapkan masa mngundi sahaja. boleh menang ke ???..is mean nothing if we are just seat waiting fot PRU...(betul x?,mungkin ada bantahan)
Tapi kat sini,,ku ingin berbicara mengenai soal sapa yang patut turun,,jika kita kata hanya golongan pemimpin or org ternama sahaja yang hanya perlu terlibat ,,usah buat  himpunan ni,cukup sekadar conference ..tapi ia di buat kerana- Perbincangan, rundingan, seruan secara langsung, bantahan bertulis dan sebagainya .  telah dilakukan. ,tapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh spr or pihak terbabit..Jadi kat sini,,sbb tu ia perlu membabitkan rakyat,,bukan suka2 nak turun ni,,tapi sbb ni la cara untuk menyuarakan keluhan rakyat pada kerajaan... Mengenai nak pg or tak untuk bersih bergantung kpd individu,,tapi kalau mereka faham,pasti mereka akan turun....tentang penglibatan pelajar  ia adalah satu pilihan...kalau ada kekuatan ,di alukan utk turun,,jika ragu2 or belum bersedia,,takpe tak dipaksa utk turun.. Jika kita  turun.kite mewakili identiti mahasiswa...perlu ingat mahasiswa merupakan pelapis kpd kepimpinan negara,,tenaga mereka dlm negara sgt bermakna..... apa perlu kite tunggu bila sudah berusia,,mungkin kekuatan fizikal agak lemah baru nak melibatkan diri dgn semua ni..alhamdulillah sementara umo masih panjang & bertenaga,,curahkan kelebihan itu kpd negara.
Mengenai keselamatan....kita sendiri pun tak pasti tapi..perlu tau "SETIAP PERJUANGAN ADA RISIKO"....saya tak kata yang turun bersih ni mendabik dada kata berani,,tapi as above kita ni ada tujuan,yakin la dgn bantuan ALLAH dan ingt kita bukan keseorang,kita satu kumpulan (jemaah)......
dan seperti kata  DR.ASRI 
 Adalah haram mana-mana pihak, samada peserta demonstrasi atau polis memulakan provokasi yang boleh menyebabkan berlakunya rusuhan. Sebaliknya, pihak polis hendaklah sedar, selagi tuntutan itu baik untuk negara yang adil, polis juga termasuk dalam kalangan rakyat. Maka sepatutnya mereka memudah cara agar proses itu berjalan dengan pantas dan dilangsaikan dengan segera. Para peserta demonstrasi juga hendaklah sedar bahawa tugasan polis mengawal keamanan, maka hendaklah tidak dimulakan apa-apa provokasi yang menimbulkan kemarahan mereka selagi mereka bertugas dengan betul menurut peraturan keselamatan. Sesiapa yang memulakan atau menyertai provokasi yang membawa rusuhan maka dia menanggung dosa.

 Maka, sesiapa yang hendak menyertai demonstrasi BERSIH hendaklah berazam bahawa mereka tidak akan mencetuskan kemusnahan harta awam, tidak mencederakan sesiapa, tidak memaki hamun, sebaliknya melafazkan slogan tuntutan dan berhimpun bagi menggambarkan kehendak dan rasa tidak puas hati.
.Akhir kata.... ingat la,perjuangan  itu penuh dgn kepahitan kerana syurga itu penuh dgn  kemanisan kerana apa yang kite buat hari ni belajar dari sejarah2 terdahulu....turun dlm lautan kuning bukan untuk bersantai melihat ikan,,tapi membawa misi n visi.... 
~~apa ku bicara ni,,semestinya tidak semua bersetuju...cuma ini luahan jiwa mengenai bersih....selagi nadi masih berdenyut tak kan ku siakan masa yang ada... allah sentiasa  bersama orang  yang berjuang di jalannya..  

1 comment:

  1. turun jgn x turun,,,bagus la,,,turun,,,,huhuhu pe pun mtk izin umi n abah,,,lau x sy report nt,,,,

    ReplyDelete