 |
| IS ME... |
TANGGAL 9.7.11 
membawa sejarah kepada diriku dan manusia serantero dunia .."BERSIH".. aku adalah salah sorang dari beratus ribu orang yang berhimpunan... Jalan ceritaku bermula...kami bertolak dari gombak menuju pusat bandaraya Kuala Lumpur,malangya hampir semua jalan ke sana ditutup,terpaksa menaiki perkhidmatan awam..jadi kami naik lrt gombak menuju ke....EEmmmm,masa tu buntu gak nak pg mana ye??klcc ke? dang wangi? tapi hati ni tergerak untuk pg ke KL central,,jadi keputusan nekad,kami akan ke sana..masa menuggu lrt kelihtan berapa orang polis berkeliaran huhu mencari mangsa tu,tapi aku buat cool je huhuhu..setibanya lrt,aku terus masuk.... lrt ni tidak berhenti di masjid jamek n kg baru ,atas kawalan keselamatan ...bila tb di kl central hati rasa tenang sikit sbb dah nampak ramai geng2 kat sana...tapi tb2 lak kad lrt buat hal,,x dpt nak masuk,huhu cuak gak,,dgn berani jumpa polis bantuan"kak,knp saya punya tiket ni x leh masuk mesin?".."oo takpe pg je kat kaunter,ikut laluan tu"...fuhh lega ... lps tu ,aku melihat ribuan manusia di kl central,,tapi terpinga2 gak nak pg mana...dpt mesag dari teman suruh pg dang wangi ..tapi apa2 pun aku g tunaikan kewajipan dulu..siap solat ..aku pun menuju ke kaunter lrt,,,TAPI lrt sudah tutup maaa....stesen tu telah ditutup ..ramai gak org marah ,tapi polis kata "atas dasar kesalamatan"..huhu.. alhamdulillah ketika itu tersempak ngan sahabt2 seperjuangan,rasa kuat sikit bila dh jumpa tu,,x la rasa kesepian hehehe...then kami terdengar jeritan suruh larii..kami ,terpaku je,sbb aik nak lari g mana...tb2.nampak satu crowd berlari dari luar kl central masuk kedalam,,menjadikan dlm kl central menjadi lebih sesak..masa tu aku terlihat dgn 2 bija mata ni ANWAR IBRAHIM ,beliau dipapah oleh orang ramai sbb nampak mcm baru terkena gas ..kelihtan keadaan agak gawat sbb FRU msuk kl central mengejar crowd tadi.... lepas tu keadaan aman sedia kala.,,kami pun apa lagi duk sembang2 kat tepi kedai tu...dapat la salam dgn YB Halimah exco Selangor,kelihatan pemimpin besar2 ngara..rasa seronok huhuh sbb dpt jumpa dgn diorang...SUDDENLY( speaking etek hehhe) ada jeritan mcm raksasa dari polis "SILA BEREDAR!!!! x3"..kami pun terpana,aik awat nak beredar,aku duk sembang ni x buat apa2 pun.... kedengaran suara tu semakin dekat,kami pun berundur setapak demi setapak,(tak tau nak g mana,ialah dlm kl central,bukan kat jalan"...then tb seorang polis datang menangkap seorang lelaki didepan mata ku..mamat yang bertopi,muka blur je bila tangkap ,ialah dia syok2 jalan2 tb kena tangkap....dlm waktu sama kedengaran polis wanita berlari menuju ke kumpulan kami,,,masa tu cuak hbs,tak tau nak gerak mana,kalau aku lari nampak sgt aku berslah...polis tu menjerit "TANGKAP,TANGKAP!!!!".. ya ALLAH,masa tu allah je tau hati ni mcm mana,rasa lutut kat kaki tu tak de dah,aku cuba menyorok di celahan org,,kami ingt selamat tapi seorang sahabt ku telah berjaya di baham oleh harimau (polis).. 4 ekor harimau menerkam dgn ganasnye, sahabt ku menjerit meminta tlg serta bertakbir"allah",, sedih hati melihat dia diheret oleh polis,,dlm hati memang nak tolong ,,tapi aduii..belum cukup stamina lagi nak bertarung,,entah2 aku sekali kena heret.. selepas tu.shbt2 ada yang menagis kesedihan melihat peristiwa di depan mata..... then suasana kembali aman..dan kami dapat arahan supaya pulang agar mengurangkan bilangan yang di tahan.... aku pun nak balik ,,tapi lrt still tutup,,merempat sampai jam 5 baru balik,,,setibanya di GOmbak,,fuhhhhhhhhh,,lega sgt walaupun hati masih geram gler kat harimau2 tu dan najib dan seangkatan dgn nya...
so.itulah coretan perjalanan ku sepajang BERSIH....ku ucapkan jutaan terima kasih pada teman2 yang memberi semangat kepadaku,walupun ada di anatara teman ku tidak izin aku pg kerana sayang kan aku kot ( persaan hehehe,tapi betul kan kikikiki) .tq ye .
Sejarah ni pasti tersemat dalam jiwa ku.... ..